*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air....
Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih.
Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin.
Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:
"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana di
dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untuk
bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk
"dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia" ada bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.
Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia". Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga.
Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!
Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau.
Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya
untuk bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari kami
lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.
Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama
dengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya cikgu...."
Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap orang ada masalah masing-masing. ..". Aku terus memeluk Liliana.
"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya terpaksa lakukannya.. ."
"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut.
"Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia". Saya telah mendail 1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""
"Siapa dia tu?", aku binggung...
"Astro!"
Aku: ???????
Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk
family/isteri/ suami/anak- anak/kkawan tiada kerananya..
**hahaha.. :P lalala~* suda kenakah anda??hihi..mane leh i olls kena sorg jeks..hihi :P lalalala~*
Rindu..
3 years ago
2 comments:
memang rasa cam pelik time baca.. x sangka betul huhuhuh.. aku terkenaa
mwahahaha..lala~* :P
Post a Comment