Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana  kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami  terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti  kebiasaan orang, malah terus satu baldi.
Para hadirin merasakan  tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada  isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario yg romantik  ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik  di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang  bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan  tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih  menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih  sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau  membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat  kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah  melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.
Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang  membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang  takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang  teramat sangat.
Apabila ditanya, si suami menjawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin  lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa  siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"
*camni punye laki pon ade 
Happy birthday, dear me!
4 years ago





 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment